Rusia lancar perkhidmatan kereta api ke Artik yang pertama


Suasana restoran dalam kereta api Rusia yang melintasi kawasan Artik ke Norway ketika ia bersiap berlepas dari stesen Saint Petersburg bagi perjalanan selama 11 hari bersama 91 penumpang. – Gambar AFP, 6 Jun, 2019.

RUSIA melancarkan kereta api pelancong pertama yang melintasi kawasan Artik ke Norway. Ia berlepas dari stesen Saint Petersburg pada Rabu dengan 91 penumpang bagi perjalanan  percubaan sulung.

“Artik mempesona semua orang,” kata pengarah eksekutif Nurlan Mukash daripada kumpulan pelancongan Jerman Lernidee Erlebnisreisen bagi projek itu.

“Destinasi ini ditemui oleh beberapa agensi pelancongan Kanada dan Norway tetapi, ia belum bagi Rusia,” katanya.

Kereta api yang dinamakan “Zarengold” (yang bermaksud emas Tsars dalam bahasa Jerman) dilengkapi dengan dua gerabak restoran akan bertolak dari Saint Petersburg melalui Petrozavodsk, bandar bersejarah Kem dan Murmansk.

Di Murmansk, setakat ini merupakan bandar terbesar di utara lingkaran Artik, para pelancong akan turun dan menaiki bas ke Kirkenes di Norway sebelum menamatkan perjalanan mereka dengan bot ke Oslo atau melalui pesawat ke pulau Spitsbergen.

Seluruh perjalanan akan mengambil masa 11 hari dan membolehkan penumpang mencari kawasan yang sukar diakses dengan cara lain, menurut penganjur.

Bagi “percubaan perjalanan sulung” ini, 91 pelancong adalah dari tujuh negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Norway dan Rusia.

“Pada masa akan datang, kami berharap dapat memastikan perjalanan kereta api dengan lebih kerap,” kata Mukash, sambil menambah kereta api itu dijangka beroperasi dua kali tahun pada depan dan empat kali pada 2021.

Rusia berharap menjadi kuasa ekonomi dan ketenteraan utama di Artik, meramalkan laluan perdagangan baru apabila pemanasan global memecahkan glasier. – AFP, 6 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen