DAKWAAN rogol terhadap bintang Juventus, Cristiano Ronaldo digugurkan oleh mahkamah menurut satu laporan Bloomberg pada hari Rabu.
Satu notis pengguran kes secara sukarela telah difailkan bulan lalu di mahkamah negeri Nevada, Las Vegas.
Pemfailan itu tidak mengatakan sama ada pihak pendakwaan, wanita Amerika Kathryn Mayorga, telah mencapai penyelesaian dengan Ronaldo.
Mayorga memfailkan pendakwaan pada September tahun lalu mendakwa dia diserang secara seksual oleh Ronaldo pada tahun 2009 di sebuah hotel Las Vegas.
Ronaldo, 34, bekas pemain Manchester United dan Real Madrid bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.
Mayorga berkata tahun lalu bahawa walaupun beliau bersetuju untuk penyelesaian dengan Ronaldo sejurus selepas insiden yang didakwa berlaku itu, trauma emosi pada masa itu tidak membolehkan beliau mengambil bahagian dalam proses mahkamah.
Ronaldo adalah salah seorang daripada bintang bola sepak dunia terhebat dan merupakan pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or untuk pemain terbaik dunia.– AFP, 5 Jun, 2019.
Komen