SEORANG pegawai yang dituduh “pengecut” kerana gagal menghalang penembak di sebuah sekolah di Parkland pada Februari tahun lalu ditangkap pada Selasa atas 11 tuntutan jenayah termasuk pengabaian kanak-kanak.
Scot Peterseon bertugas di kampus Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas ketika pelajar bermasalah melepaskan tembakan kepada rakan sekelasnya.
Seramai 14 pelajar maut termasuk tiga kakitangan.
Rakaman video menunjukkan Peterson seorang veteran penguatkuasa undang-undang selama 30 tahun berdiri di luar bangunan ketika insiden menembak itu berlaku.
Apabila video itu disebarkan, Trump secara terbuka menuduhnya sebagai “pengecut” dan mendakwa beliau akan memasuki sekolah sekiranya berada di sana.
Penangkapan itu dibuat mengikuti siasatan selama 15 bulan ke atas tindakan Peterson ketika pembunuhan berlaku.
Pesuruhjaya FDLE Rick Swearingen berkata, Peterson tidak melakukan apa-apa untuk menghalang kejadian tembakan yang membunuh 17 kanak-kanak, guru dan kakitangan serta mencederakan 17 yang lain.
Nikolas Cruz melepaskan tembakan di antara 100 hingga 150 kali dalam insiden amukan yang berlaku kira-kira enam minit sebelum dia membuang senjatanya dan melarikan diri dari sekolah.
Dia ditangkap tidak lama kemudian dan didakwa dengan pelbagai tuduhan pembunuhan.
Peterson berkhidmat sebagai “pegawai sumber sekolah” – ahli penguatkuasa undang-undang yang menyediakan keselamatan di sekolah selama lebih dua dekad.
Menurut kenyataan FDLE, siasatan itu menunjukkan Peterson “enggan menyiasat sumber tembakan, berundur ketika mangsa ditembak dan mengarahkan penguatkuasa undang-undang lain yang tiba di tempat kejadian untuk berada 500 kaki dari bangunan berkenaan. – AFP, 5 Jun, 2019.
Komen