PIHAK berkuasa Cyprus pada hari Selasa mengeluarkan mayat yang disumbat dalam sebuah beg pakaian di dasar tasik yang dipercayai merupakan mangsa keenam pembunuh siri.
Seorang pegawai tentera Greece kini berada dalam tahanan selepas dilaporkan mengaku membunuh lima orang wanita asing dan dua anak perempuan mereka dalam satu pembunuhan yang mengejutkan pulau percutian Mediterranean itu.
Polis setakat ini menemui lima mayat lain, termasuk mayat dalam dua beg pakaian lain yang dibuang ke dalam tasik yang sama.
“Sebuah beg bagasi ditemui dalam tasik tersebut ketika pemeriksaan pertama oleh pihak polis, dan kami mendapati tubuh mayat tersebut rosak,” kata jurucakap polis, Andreas Angelides kepada pemberita.
“Ini adalah perkembangan yang sangat penting ... Kita akan teruskan usaha mengenal pasti tubuh mangsa,” katanya lagi.
Beg itu dianggap mengandungi tubuh seorang warga Filipina yang dilaporkan hilang Maricar Valdez.
Ketua Polis Cyprus, Kypros Michaelides berkata apa yang terjadi di tasik itu “tidak pernah berlaku” dalam masa 42 tahun perkhidmatannya dan beliau tidak pernah melihat “keganasan” sedemikian rupa.
Radio negeri melaporkan beg itu ditimbang dengan kepingan treler.
Penyiasat masih mencari tasik yang berlainan untuk mencari tubuh seorang gadis Filipina berusia enam tahun, yang mayat ibunya telah ditemui.
Pihak berkuasa berkata pada Khamis, kemungkinan mereka akan mengeringkan tasik itu dalam usaha mencari tubuh mangsa selepas beberapa minggu usaha pencarian dengan bantuan pakar Britain dan Israel tidak mendatangkan apa-apa hasil.
Siri pembunuhan, tidak dapat dikesan selama hampir tiga tahun, akhirnya terdedah apabila seorang pelancong menemui tubuh seorang mangsa timbul ke permukaan akibat hujan lebat.
Penemuan tersebut mencetuskan satu siasatan yang menyebabkan penangkapan seorang kapten tentera pada 18 April.
Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap laporan mengenai kehilangan wanita-wanita yang hilang berkenaan telah mencetuskan kemarahan dan menyebabkan pemecatan ketua polis dan peletakan jawatan menteri keadilan. – AFP, 4 Jun, 2019.
Komen