KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu dilantik Latheefa Koya berkata beliau telah meletak jawatan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebagai respon terhadap gesaan untuk beliau melepaskan keahlian parti itu bagi terus bersikap neutral.
“Terima kasih atas nasihat itu,” katanya dalam akaun Twitter hari ini.
“Namun saya telah pun menghantar surat peletakan jawatan saya dengan serta-merta sebagai anggota biasa PKR semalam, apabila diberitahu mengenai pelantikan saya sebagai pengerusi SPRM.”
Akaun Twitter beliau turut menghubungkan laporan berita mengenai gesaan oleh Ahli Parlimen PKR dan pengarah komunikasi Fahmi Fadzil untuk keluar daripada PKR bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan.
Fahmi berkata beliau harus mengikut jejak langkah Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof, yang turut keluar daripada Amanah selepas dilantik. – 4 Jun, 2019.
Komen