Israel tingkat had sempadan perikanan Tebing Gaza


Had itu kini dikembalikan semula kepada maksium 15 batu nautika, kata pegawai Israel yang tidak mahu namanya didedahkan. – Gambar AFP, 4 Jun, 2019.

ISRAEL meningkatkan had perikanan di Tebing Gaza yang terkepung hari ini, kata seorang pegawai, seminggu selepas ia bertindak ke atas had itu kerana kejadian belon letupan.

Had itu kini dikembalikan semula kepada maksium 15 batu nautika, kata pegawai Israel yang tidak mahu namanya didedahkan.

Ia adalah had sama ditetapkan pada April menjelang pilihan raya Israel dan terbesar dibenarkan sejak bertahun lamanya.

Rabu lepas, Israel mengurangkan had itu kepada 10 batu nautika selepas belon dipenuhi dengan bahan letupan terbang melintasi kawasan ditakluk Israel di Gaza.

Taktik itu sering digunakan penduduk Palestin untuk merosakkan harta benda Israel. Ia berjaya mencetuskan kebakaran besar di ladang penduduk Israel. Negara itu dan militan Palestin di Gaza yang dikawal Hamas sudah berperang sebanyak tiga kali sejak 2008. – AFP, 4 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen