SISA sampah tertinggi India di New Delhi bakal mengatasi ketinggian Taj Mahal tahun depan, menjadi simbol kepada bandar yang dianggap PBB paling tercemar di dunia itu.
Gagak dan burung pemangsa lain mengerumuni sisa sampah Ghazipur yang menggunung di pinggir New Delhi, manakala anjing, kucing liar dan tikus mengerumuni bahagian bawahnya.
Berkeluasan lebih 40 padang bola sepak, Ghazipur naik 10 meter setiap tahun menyebabkan bau tegiknya menusuk hidup penduduk kawasan itu.
Menurut penyelia jurutera Delhi Timur Arun Kumar, ia sudah melepasi 65 meter.
Pada kadar pertumbuhan ketinggiannya, ia akan jauh lebih tinggi daripada Taj Mahal di Agra yang setinggi 73 meter pada 2020.
Mahkamah Agung India tahun lepas memberi amaran bahawa lampu amaran merah perlu diletakkan untuk memberi amaran kepada pesawat yang melintas ruang udara kawasan itu.
Ghazipur dibuka pada 1984 dan mencapai kapasiti penuhnya pada 2002 dan perlu ditutup. Tetapi, sampah sarap bandar itu terus dihantar ke situ menggunakan beratus trak setiap hari.
“Hampir 2,000 tan sampah dibuang di Ghazipur setiap hari,” kata pegawai majlis perbandaran Delhi.
Pada 2018, sebahagian sisa sampah itu runtuh kerana hujan lebat membunuh dua orang. Pembuangan dilarang selepas itu, tetapi arahan itu tidak lama kerana pihak berkuasa gagal mencari alternatif untuk sisa sampah kota itu. – AFP, 4 Jun, 2019.
Komen