MALAYSIA mempunyai dua tahun untuk kembalikan minyak sawit ke pasaran Kesatuan Eropah (EU), walaupun menjadi tumpuan media, ia tidak diharamkan, kata duta besar ke Malaysia Maria Castillo Fernandez.
Rangka masa dua tahun adalah untuk meminda undang-undang EU untuk dikuatkuasakan pada Jun 2021, yang memperketatkan penggunaan minyak kelapa sawit sebagai bahan api bio.
“Saya ingin tekankan ini bukan satu pengharaman. Kita hanya tidak mengalakkan (penggunaan minyak sawit sebagai bahan api bio),” kata Frnandez kepada The Malaysian Insight baru-baru ini.
Fernandez berkata, akta yang dipinda, menggesa Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui Kesatuan Eropah II (EU RED II) hanya membatalkan pengeluaran biofuel berasaskan minyak kelapa sawit untuk insentif kewangan yang akan menjadikannya lebih berdaya saing berbanding bahan api bio lain.
Ia tidak bermakna Malaysia tidak boleh eksport minyak kelapa sawit kepada EU.
Ia juga bermakna, kemungkinan di masa akan datang, minyak sawit Malaysia boleh diluluskan untuk insentif ini sekiranya ia memenuhi standard kelestarian alam sekitar.
“Bukan semua harapan minyak sawit Malaysia ke Eropah musnah,” kata Fernandez dalam satu sesi temu bual.
Eropah merupakan pelanggan kedua terbesar Malaysia untuk minyak sawit, dan pindaan akta berkenaan memberi amaran kepada pengeluar minyak sawit dan kerajaan Malaysia serta Indonesia berhubung kebimbangan mereka akan kehilangan akses kepada salah satu pasaran komoditi yang menguntungkan.
Malaysia terutamanya akta baharu itu akan menjejaskan pendapatan kira-kira 650,000 pekebun kecil kelapa sawit yang mengeluarkan kira-kira 40% buah kelapa sawit segar (FFB) di negara ini. FFB diproses menjadi minyak sawit mentah (CPO).
Penurunan jumlah pembelian minyak sawit Eripah akan membawa kepada bekalan minyak sawit mentah (CPO) yang tinggi dan tekanan harga FFB di tanah air.

Namun penguatkuasaan akta berkenaan pada Jun 2021 bermakna Malaysia mempunyai masa untuk buktikan kepada EU apa yang diingininya - pengeluaran yang tidak membawa kepada penebangan hutan dan penghasilan karbon yang menyumbang kepada perubahan suhu.
Ini merupakan antara kriteria EU bagi bahan api bio yang digunakan, bagi memastikan ia dihasilkan dengan lestari, yang dihitung oleh kadar penggunaan tanah secara tidak langsung (ILUC).
ILUC menghitung sama ada pengeluaranya membebaskan lebih banyak CO2 dengan menukarkan tanah kepada ladang kelapa sawit untuk bahan api bio.
“Ini bukan tentang akses pasaran dan ia tidak mengehadkan sebarang import bahan api bio ke Eropah. Pasaran kita kekal terbuka, Saya mahu ia jelas kepada pengeluar minyak sawit,” kata Fernandez berhubug dakwaan tindakan EU itu akan memburukkan lagi perang dagangan.
Hanya bahan bakar bio dengan penilaian ILUC yang rendah akan memenuhi syarat untuk insentif kewangan EU, yang merupakan satu bentuk subsidi yang menjadikan bahan api lebih murah daripada bahan bakar lain.
Minyak sawit kini diklasifikasikan sebagai bio-bahan bakar ‘ILUC yang tinggi,’ kerana amalan negara pengeluar seperti Malaysia, Indonesia, Colombia dan beberapa negara Afrika menebang hutan hujan untuk tanaman itu.
Dianggarkan pada tahun 2015, Indonesia menjadi pemancar gas rumah hijau keempat terbesar di dunia akibat kebakaran tidak terkawal yang sengaja dinyalakan bagi memusnahkan hutan dara untuk menanam kelapa sawit.
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mempertikaikan bahawa dalam kes Malaysia, aktiviti pertanian lain seperti penternakan dan penanaman tanaman lain, memerlukan lebih banyak tanah ditebang berbanding minyak sawit.
Namun demikian, amalan di pelbagai negara yang menebang hutan untuk dijadikan ladang serta pembebasan karbon dioksida ke atmosfera, memaksa EU mempertimbangkan semula dasar tenaga boleh diperbaharui terutamanya melibatkan bahan api bio melibatkan minyak sawit.
Fernandez berkata ini adalah apa yang mendorong blok itu untuk meminda undang-undang.
Untuk menurunkan penarafan ILUC dan menerima insentif kewangan EU bagi bahan bakar bio, pengeluar minyak sawit boleh membuat skim persijilan yang mengguna pakai kriteria yang dicadangkan EU, kata Fernandez.
Sekiranya skim pensijilan ini bermula dalam tempoh dua tahun sebelum akta itu dikuatkuasakan, undang-undang berkenaan boleh disemak semula untuk menimbang semula minyak sawit sebagai bahan api bio ILUC yang rendah, katanya.
Skim persijilan yang paling banyak diiktiraf oleh industri minyak sawit, Sidang Meja Bulat untuk Kelestarian Minyak Sawit (RSPO), kini sedang melihat untuk memenuhi keperluan ILUC.
Pesaing terbesar minyak sawit, minyak kacang soya kini memiliki sijil skim yang memenuhi kriteria akta itu dan ia membenarkan bahan api bio berasaskan kacang soya menerima insentif EU, katanya.
“Ia memerlukan inisiatif yang mempunyai maksud sukarela, bermakna ia mesti datang dari bawah dari pengeluar,” kata Fernandez.
“Ia juga tidak perlu menjadi RSPO yang boleh menjadi MSPO (pensijilan minyak kelapa sawit Malaysia), jika MSPO mengandungi kriteria tambahan yang memenuhi arahan tenaga boleh diperbaharui.”
Pada 2017, EU mengimport kira-kira RM11 bilion minyak kelapa sawit mentah, yang paling tinggi untuk blok serantau.
Minyak sawit merangkumi 4.4% daripada jumlah eksport dari Malaysia ke EU, manakala bahan api bio berasaskan minyak sawit membentuk 1.4% daripada jumlah eksport.
Para pegawai Malaysia dan Indonesia telah mengkritik tindakan yang telah diluluskan oleh EU pada 21 Mei.
Indonesia telah membalas dengan menghalang semangat import daripada EU atas perbuatan itu.
Menteri kabinet Teresa Kok, yang menyelia industri Malaysia baru-baru ini menamatkan jelajah ke beberapa negara Eropah bagi menangani sentimen anti kelapa sawit di rantau itu. – 3 Julai, 2019
Komen