MAHKAMAH Perancis semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang imam atas kesalahan membantu pendatang menyeberang Selat Inggeris menggunakan bot getah.
Imam berusia 39 tahun berasal dari Iran dan mendapat suaka politik di Perancis itu dituduh melakukan kesalahan tersebut sejak Disember tahun lalu.
Dia pengsan sebaik sahaja mendengar hakim menjatuhkan hukuman.
Seorang lelaki Senegal berusia 29 tahun turut dibicara bersama imam tersebut. Dia dihukum pejara sembilan bulan dan dilarang ke Nord dan Pas-de-Calais yang terletak di utara Perancis selama tiga tahun.
Kedua-dua mereka selepas ditahan pada April mengaku membantu menyediakan enam hingga tujuh bot, menurut laporan akhbar Le Figaro semalam.
Siasatan bermula akhir Mac apabila pasukan separa polis menemui jaket keselamatan, baju sejuk yang basah dan bot getah di sebuah pantai di utara Perancis.
Le Figaro melaporkan kedua-dua lelaki terbabit mempunyai rekod kesalahan.
Polis juga menemui dua buah bot, tiga buah enjin bot dan jaket keselamatan di rumah imam itu. Kedua-dua lelaki itu mengaku membeli tujuh bot antara Disember 208 dan April 2019. – AFP, 4 Jun, 2019.
Komen