MEMORIAL Wartawan di Newseum, Washington semalam mengabadikan 22 wartawan yang terbunuh sepanjang 2018.
Antara nama yang diabadikan adalah Jamal Khashoggi, penyumbang di Washington Post yang dibunuh di Turki dan jurugambar AFP, Shah Marai yang terbunuh dalam letupan bom di Kabul pada April 2018.
“Memorial dan peringatan tahunan ini mengingatkan kita bahawa dunia ini semakin berbahaya buat mereka yang mengumpul dan melaporkan berita,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Freedom Forum Institute, Gene Policinski.
Katanya, wartawan berdepan bahaya sama ada ketika melaporkan berita dari medan peperangan atau menjadi sasaran penjenayah, pengganas atau kerajaan yang zalim.
Kolumnis Washington Post, Fred Hiatt pula menegaskan rakannya, Khashoggi harus mendapat pembelaan.
“Jika jenayah boleh dilakukan dalam misi diplomatik, maka tiada lokasi yang selamat bagi wartawan.”
Khashoggi dibunuh dan mayatnya diceraikan di konsulat Arab Saudi di Istanbul. Riyahd berkata wartawan malang itu dibunuh dalam operasi “kejam”, tetapi CIA melaporkan pembunuhan diarahkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Memorial itu setakat ini mengabadikan 2,344 wartawan yang terbunuh sejak 1837, hanya sebahagian kecil daripada wartawan yang hilang nyawa ketika melaporkan berita. – AFP, 4 Jun, 2019.
Komen