PERDANA Menteri Itali, Giuseppe Conte pada Isnin berkata, beliau sedia meletakkan jawatan melainkan dua parti dalam gabungan pemerintah—League dan M5S—menghentikan pertelagahan.
“Saya minta kedua-dua parti ini membuat pilihan dan maklumkan kepada saya sama ada mereka masih mahu menghormati kewajipan kerajaan,” katanya.
“Sekiranya tidak, saya akan menamatkan mandat saya.”
Hubungan antara parti League dan M5S berantakan ketika kempen pilihan raya parlimen Eropah pada 26 Mei lalu.
“Saya mahu maklum balas jelas, tegas dan cepat,” kata Conte, yang menggesa “kerjasama setia” daripada semua menteri.
Conte mahukan mandat yang kukuh bagi meneruskan dialog dengan Kesatuan Eropah berhubung hutang awam Itali.
Timbalan Perdana Menteri Itali Matteo Salvini dari parti League berkata, pada Selasa lalu beliau berharap Brussel untuk mengenakan sekatan negaranya bagi menentukan defisit dan hutang yang besar dengan mengenakan denda sebanyak 3 bilion euro (AS$3.3 bilion). – AFP, 4 Jun, 2019
Komen