POLIS Perncis pada Isnin berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki warga India yang ditemui dalam guni di tepi jalan di utara negara itu, hasil bantuan pemetik api yang ditemui dalam poket pakaian mangsa.
Polis berkata, klu itu cukup memberi bukti bagi membantu siasatan yang membawa kepada penahanan seorang lagi warga India di Belgium yang disyaki melakukan pembunuhan itu.
Oktober lalu, seorang operator mesin yang sedang membersihkan lubang di Bourbourg menemui guni yang mengandungi mayat reput, tanpa sebarang dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit bagi mengenal pasti jantina, kewarganegaraan dan punca kematian mangsa.
Ujian DNA dan cap cari juga gagal mendedahkan identiti mangsa, menurut kenyataan penyiasat di Lille.
Namun, pemetik api yang ditemui dalam poket seluar mangsa mempunyai cetakan “Kroeg Cafe” akhirnya memberi petunjuk berharga dalam siasatan kes berkenaan, ketika pihak polis Belgium melihat gambar bukti.
Susulan itu, polis memburu lelaki warga India bernama Darshan Singh di Belgium sejak Jun lalu.
Nama kafe yang tercetak pada pemetik api berkenaan terletak berhampiran kediaman mangsa di Ravel, berhampiran sempadan Belanda.
Pasukan penyiasat mengesahkan DNA mangsa daripada berus gigi. – AFP, 4 Jun, 2019
Komen