SEBUAH kilang di utara Perancis yang mengeluarkan suku bekalan Nutella dunia menghentikan operasi selama seminggu selepas pekerjanya mogok seminggu, kata kesatuan hari ini, berita yang membimbangkan pengguna produk terkenal itu.
Penghentian operasi itu berlaku di kilang Villers-Ecalles milik persendirian gergasi manisan Itali, Ferrero, kebiasaannya mengeluarkan 600,000 balang sehari, menjadikannya pengeluar Nutella terbesar dunia.
Sejumlah 160 pekerjanya sudah mula mogok sejak Isnin minggu lepas, kata kesatuan sekerja.
“Tiada lori keluar masuk sejak itu,” katanya.
Pengeluaran Kinder Bueno juga terhenti hampir seminggu, kata Canchel, sementara daripada empat pengeluaran Nutella, hanya satu masih beroperasi yang merupakan 20% daripada kapasiti penuhnya.
“Bahan mentah mula berkurangan,” katanya.
Pekerja mahu gaji mereka dinaikkan sebanyak 4.5% serta 900 euro bonus. Pengurusan hanya menawarkan kenaikan gaji sebanyak 0.4%.
Ferrero, sebuah syarikat keluarga yang penuh rahsia dan merupakan pengeluaran Ferrero Rocher dan Kinder Suprise enggan mengulas situasi itu.
Tetapi, memo dalaman dilihat AFP, pengurusan berkata “sebarang sekatan kepada kilang adalah haram” dan mengugut mendapatkan arahan kehakiman untuk memastikan akses kilang kembali dibuka.
“Ini adalah pelanggaran hak pekerja untuk mogok,” kata Canchel.
Pengeluaran Nutella berdepan cabaran besar sejak beberapa tahun lepas, disebabkan hasil tuaian koko di Turkey yang merupakan pengeksport tanaman itu berdepan masalah.
Kilang Viller-Ecalles ditutup selama lima hari pada Februari lepas kerana masalah kualiti produk, sementara menteri Perancis pada 2015 memberi amaran kepada rakyat supaya tidak memakan produk itu kerana ia menyumbang kepada kemusnahan hitam dan krisis iklim dunia. – AFP, 3 Jun, 2019.
Komen