Kapal perang China berlabuh, penduduk Sydney terkejut


Ketika kebimbangan makin memuncak tentang kekerasan ketenteraan ditunjukkan Beijing, kemunculan kapal perang China itu bersama-sama 700 anak kapal menimbulkan kejutan ramai. – Gambar AFP, 3 Jun, 2019.

WARGA Australia yang sedang menikmati matahari awal pagi musim sejuk terkejut apabila melihat tiga kapal perang China masuk ke dalam Pelabuhan Sydney hari ini, memaksa perdana menteri mengeluarkan jaminan keselamatan.

Ketika kebimbangan makin memuncak tentang kekerasan ketenteraan ditunjukkan Beijing, kemunculan kapal perang China itu bersama-sama 700 anak kapal menimbulkan kejutan ramai.

Kejadian juga berlaku ketika Perdana Menteri Scott Morrison dalam lawatan rasmi ke Kepulauan Solomon, pemain penting Pasifik Selatan yang sedang dipujuk China supaya menarik balik pengiktirafan kepada Taiwan.

“Ia mungkin seperti kejutan kepada yang lain, tetapi bukan kejutan kepada kerajaan,” kata Morrison kepada wartawan di ibu kota Solomon, Honiara apabila ditanya tentang lawatan China itu.

“Kami dah tahu lama.”

Morrison menyifatkan lawatan itu sebagai “lawatan balas kerana kapal perang Australia juga telah melawat China.”

“Mereka dalam perjalanan pulang selepas operasi banteras dadah di Timur Tengah.”

Ia dijadualkan berlabuh sehingga Jumaat.

Masa lawatan itu juga dipersoalkan kerana berlaku ketika Morrison berada di Solomon dan ulang tahun ke-30 tragedi bunuh demonstrasi Tiannanmen. – AFP, 3 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen