Pompeo tidak pasti pelan damai Palestin-Israel akan berjaya


Mike Pompeo tidak pasti sama ada pelan damai Palestin-Israel yang dicadangkan Presiden Donald Trump akan berjaya. – Gambar EPA, 3 Jun, 2019.

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo tidak pasti sama ada pelan damai Palestin-Israel yang dicadangkan Presiden Donald Trump akan berjaya, lapor agensi berita Sputnik.

Pompeo berkata seperti dilaporkan Washington Post, “orang mungkin akan beranggapan” adakah pelan damai itu “mampu dilaksanakan atau sebaliknya”.

“Ia mungkin akan ditolak…Persoalan utama sekarang ialah apakah kita boleh mendapatkan ruang secukupnya sehingga mampu untuk merealisasikannya,” kata Pompeo.

Pegawai White House berkata AS akan mengutarakan rancangan ekonomi untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin pada persidangan yang dijadualkan berlangsung di Manama pada 25 hingga 26 Jun.

Presiden Mahmoud Abbas mengatakan Palestin tidak akan menerima apa jua cadangan AS, selepas Washington memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada Mei 2018. – Bernama, 3 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen