PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam menggesa Syria dan Rusia berhenti mengebom kubu kuat pemberontak di Idlib.
“Dapat khabar Rusia, Syria dan Iran mengebom wilayah Idlib dan membunuh ramai orang awam. Dunia melihat penyembelihan ini. Apa tujuannya, apa yang kamu dapat? Berhenti!” kata Trump menerusi catatan di Twitter tidak lama sebelum berlepas ke Britain.
Komen dari Trump itu menyusul selepas NGO Syria pada Jumaat mengutuk tiada tindakan antarabangsa berhubung keganasan yang memuncak di wilayah barat laut Syria.
Selain menyebabkan orang awam terbunuh, pengeboman terkini yang dilakukan oleh Syria dan Rusia di barat laut Syria memaksa 300,000 orang lari ke sempadan Turki, kata Balai Cerap bagi Hak Asasi Manusia Syria pada sidang media di Istanbul.
NGO itu berkata hampir 950 orang terbunuh dalam kejadian pengeboman terbaru di Idlib. – AFP, 3 Jun, 2019.
Komen