Kedai di pasar Chatuchak Bangkok terbakar


Pasar Chatuchak adalah pasar terbesar di Thailand dengan lebih 15,000 gerai, menjadi antara tarikan pelancong paling popular di Bangkok. – Gambar EPA, 3 Jun, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 10 kedai di Pasar Minggu Chatuchak yang terkenal di Bangkok terbakar malam tadi tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangkok dalam satu kenyataan berkata kebakaran berlaku di salah sebuah kedai di Gate No.1 kira-kira jam 9.30 malam (waktu tempatan).

Kebakaran tersebut dapat dikawal pada jam 10.08 malam (waktu tempatan).

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih disiasat. ” kata kenyataan itu.

Pasar Minggu Chatuchak adalah pasar terbesar di Thailand dengan lebih 15,000 gerai.

Pasar minggu itu yang juga dikenali sebagai JJ Market merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Bangkok yang menjual pakaian, buku, aksesori rumah, makanan dan minuman, kosmetik, barang antik, dan tumbuh-tumbuhan. – Bernama, 3 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen