Program ziarah KPM berisiko hadapi ancaman, kata guru 


Khoo Gek San

Program Ziarah Cakna dilancarkan Januari lalu yang menggesa guru lebih memfokuskan kepada pembangunan pelajar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2019.

PROGRAM “Ziarah Cakna” yang dilancarkan Kementerian Pendidikan pada Januari yang mana guru akan melawat kediaman pelajar meletakkan segelintir guru dalam risiko, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Risiko ini termasuklah dihalau oleh ibu bapa yang garang, malah juga risiko digigit anjing, kata Presiden NUTP Kamarozaman Abd Razak kepada The Malaysian Insight.

Adalah lebih baik sekiranya pada guru ditemani pengetua dalam lawatan ini, cadangnya.

“Terdapat kes guru dikejar oleh ibu bapa dengan pisau. Malah guru turut digigit anjing.

“Sekurang-kurangnya, sekolah perlu arahkan guru membaut lawatan itu secara berpasangan,” kata Kamarozaman.

Beliau juga mencadangkan, bai menghalang guru daripada terdedah dengan risiko tambahan apabila melakukan lawatan itu, mereka sebaliknya boleh bertemu ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru, memandangkan program Ziarah Cakna ini tidak wajib.

Program itu dilancarkan pada Januari oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang menggesa para guru untuk lebih memfokuskan kepada pembangunan pelajar.

Rasionalnya ialah untuk membolehkan sekolah dan guru menjalinkan hubungan lebih raoat dengan ibu bapa. Ia juga membolehkan guru memahami latar belakang pelajar dan cabaran yang mereka hadapi di persekitaran rumah.

Antara garis panduan yang diwujudkan, guru perlu terlebih dahulu menghubungi dan mendapatkan kebenaran ibu bapa, dan lawatan itu perlu dibuat mengiku kesenangan ibu bapa. Guru digalakkan berkongsi perkembangan dan pembangunan murid dengan ibu bapa, dan mengambil nota berhubung cabaran sosio-ekonomi dan keperluan keluarga pelajar.

Maszlee juga berkata, kementerian akan cuba mengurangkan tugas pentadbiran guru agar mereka boleh berikan lebih tumpuan kepada pembangunan pelajar, rancangan mengajar dan pembelajaran.

Bagaimanapun, seorang guru yang enggan dikenali memberitahu The Malaysian Insight, walaupun janji ini dibuat, tugas pentadbiran tidak dikurangkan di semua sekolah dan masih berbeza dari antara sekolah.

“Program ini (Ziarah Cakna) beri lebih lagi kerja, sekiranya kami perlu melawat setiap rumah 40 orang murid,” kata guru berkenaan.

“Sebelum ini, kami hanya perlu melawah kediaman pelajar yang ada masalah disiplin. Sekarang kami kena lawat kediaman pelajar yang cemerlang juga?”

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching memberitahu kementerian akan menyerahkan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan program Ziarah Cakna ini secara autonomi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2019

Guru lelaki itu berkata, selain tambahan beban kerja, guru juga berdepan risiko menghadapi ibu bapa yang garang dan marah yang mungkin tidak memahami tujuan lawatan itu diadakan. 

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching memberitahu The Malaysian Insight yang kementerian akan menyerahkan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan program ini secara autonomi.

“Sekiranya guru bimbang dengan ancaman keganasan ketika lawatan ke rumah pelajar, pihak sekolah boleh mengatur untuk dua orang guru pergi bersama. Ini perlu diuruskan pihak sekolah ddan bukan Kementerian Pendidikan.”

Teo juga menyatakan tidak bagus untuk guru hanya melawat rumah pelajar bermasalah disiplin sahaja.

“Jika kamu hanya melawat pelajar yang hanya ada masalah disiplin, pelajar lain akan tahu guru hanya melawat rumah pelajar tertentu sahaja. Kita mahu buang stigma ini. Saya tidak rasa pelajar mahu dilabel seperti ini.

“Apa yang kita mahu ialah guru mengenali keluarga pelajar dan berkomunikasi dengan ibu bapa.”

Berhubung masalah tambahan beban kerja kepada waktu pekerjaan guru, yang masih belum jelas, Teo juga berkata ia perlu diselesaikan oleh guru dan pihak sekolah.

Selain waktu mengajar, tiada definisi jelas berhubung waktu bekerja guru.

“Sudah tentu, waktu kerja penjawat awam adalah lapan jam, tambah satu jam waktu rehat, selagi tidak ada tambahan lebih separuh daripada waktu bekerja penjawat awam.

“Saya rasa ia perlu diselesaikan antara guru dan pihak sekolah mereka sendiri. Hanya pihak sekolah akan tahu berapa banyak masa yang diuangkan guru dalam mesyurat lain dan aktiviti kokurikulum di luar waktu kelas.

“Sekiranya kita mahu kuatkuasakan dengan ketat, perlu ada garis panduan ditetapkan berhubung waktu kerja guru,” tambahnya. – 3 Jun, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen