14 cedera tren lawan arah di Jepun


Seramai 14 penumpang cedera selepas tren tanpa pemandu di pinggir bandar Tokyo bergerak ke arah bertentangan sebelum merempuh pemampan berhenti petang semalam. – Gambar AFP, 2 Jun, 2019.

SERAMAI 14 penumpang cedera selepas tren tanpa pemandu di pinggir bandar Tokyo bergerak ke arah bertentangan sebelum merempuh pemampan berhenti petang semalam.

Media tempatan melaporkan itu kejadian pertama berlaku dan kecederaan mangsa dilaporan tidak serius.

Presiden pengendali tren Akihiko Mikami berkata, tren itu merempuh pemampan berhenti di stesen Shin-Sugita selepas melawan arah sejauh 20 meter.

Stesen itu adalah terminal pemanduan sendiri Kanazawa Seaside Line di bandar pelabuhan Yokohama.

Mikami menambah bahawa pengendali telah menutup garisan dan tidak pasti apabila perkhidmatan akan disambung semula.

Antara kemalangan yang menjadi tajuk utama adalah perlanggaran melibatan kenderaan uber autonomi yang mengorbankan pejalan kaki dan kemalangan maut melibatkan pembuat kereta elektrik “autopilot” Tesla yang kedua-duanya berlaku pada tahun lepas di Amerika Syarikat. – AFP, 2 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen