SEJENIS ubat baharu yang ditemui mampu meningkatkan kadar hayat wanita muda yang menghidap barah payudara biasa, kata penyelidik semalam, memetik hasil percubaan klinikal antarabangsa.
Hasil kajian yang dibentangkan pada mesyuarat tahunan American Society of Clinical Oncology di Chicago itu menunjukkan penambahan cell-cycle inhibitor ribociclib memanjangkan kadar hayat sehingga 70% selepas tiga tahun setengah.
Kadar kematian bagi kesemua pesakit berumur bawah 59 tahun dan pra-menopause adalah 29% berbanding ketika mereka mengambil placebo secara rawak.
Ketua pengarang, Sara Hurvitz berkata kajian menumpu kepada bentuk barah payudara yang dicetus oleh hormon estrogen, yang dihidapi oleh dua pertiga berbanding kes lain melibatkan wanita lebih muda.
Ia secara amnya dirawat oleh rawatan terapi yang menghalang pengeluaran hormon.
“Anda sebenarnya mendapat sinergi, atau maklum balas lebih baik, penghapusan barah yang lebih baik dengan menambah salah satu cell-cycle inhibitor ini selain rawatan terapi,” kata Hurvitz.
Ubat ini menghalang aktiviti sel barah yang menggalakkan enzim.
Rawatan juga kurang toksik berbanding kemoterapi kerana ia lebih selektif menayasarkan sel barah, menyekat kemampuan mereka untuk membiak.
Dianggarkan sebanyak 268,000 kes baharu barah payudara dijangka akan didiagnosis pada wanita Amerika Syarikat pada 2019. Bentuk lanjutan penyakit itu menjadi punca kematian akibat barah dalam kalangan wanita yang berusia 20 hingga 59 tahun. – AFP, 2 Jun, 2019.
Komen