Dasar basmi aktivis di Tiananmen 'tepat', kata menteri China


Dataran Tiananmen menjadi saksi tragedi yang mengorbankan ribuan aktivis yang membantah kerajaan pada 30 tahun lalu, tragedi itu bagaimanapun masih tidak mendapat pengadilan sebenar melalui proses undang-undang. – Gambar AFP, 2 Jun, 2019.

TINDAKAN keras pada 1989 yang diambil terhadap penunjuk perasaan di Dataran Tiananmen Beijing adalah satu tindakan dasar yang tepat, kata menteri pertahanan China pada hari Ahad.

“Insiden itu adalah pergolakan politik dan kerajaan pusat mengambil langkah untuk hentikan pergolakan, dan ia merupakan dasar yang tepat,” kata Jeneral Wei Fenghe di sebuah forum keselamatan serantau di Singapura.

Bercakap kepada rakan-rakan sejawatnya, pegawai tinggi tentera dan ahli akademik dari seluruh dunia, Wei mempersoalkan mengapa masih ada pihak yang mengatakan bahawa China “tidak menangani insiden politik itu secara tepat”.

“30 tahun ini membuktikan bahawa China telah mengalami perubahan yang besar,” katanya di samping turut menambah bahawa tindakan kerajaan yang diambil pada waktu itu telah menjadikan “China dapat menikmati kestabilan dan pembangunan”.

Beijing adalah pusat protes yang dipimpin pelajar pada 30 tahun lalu, ratusan atau bahkan lebih daripada 1,000 orang dilaporkan dibunuh oleh pihak tentera di dataran itu pada 4 Jun 1989. – AFP, 2 Jun, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen