Cuaca panas melampau landa India


Jabatan Meteorologi India berkata strok haba boleh melanda sehingga seminggu di seluruh Rajasthan, Maharashtra, Madhya Pradesh, Punjab, Haryana dan Uttar Pradesh. – Gambar AFP, 2 Jun, 2019.

UTARA India dilanda gelombang panas berterusan dengan suhu melepasi 50 darjah Celsius, mencetuskan amaran masalah bekalan dan strok haba.

Menurut jabatan kaji cuaca, suhu di bandar padang pasir Churu di Rajasthan mencecah 50.6 darjah Celsius, semalam.

Seluruh Rajasthan mengalami cuaca panas melampau dengan suhu di beberapa bandar mencecah lebih 47 darjah Celsius.

Pada Mei 2016, bandar Phalodi di Rajasthan mencatat suhu tertinggi di India iaitu 51 darjah Celsius.

Jabatan Meteorologi India berkata strok haba boleh melanda sehingga seminggu di seluruh Rajasthan, Maharashtra, Madhya Pradesh, Punjab, Haryana dan Uttar Pradesh.

Beberapa kematian akibat strok haba juga telah direkodkan.

Amaran merah cuaca panas melampau dikeluarkan di New Delhi apabila suhu mencecah 46 darjah Celsius. – AFP, 2 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen