Liverpool julang trofi Liga Juara-Juara Eropah


MOHAMED Salah menjaringkan gol terpantas pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bagi musim 2018/2019 ketika Liverpool bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi. Liverpool menewaskan Tottenham 2-0, menjulang trofi juara buat kali keenam. – Gambar EPA, 2 Jun, 2019.

MOHAMED Salah menjaringkan gol terpantas pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bagi musim 2018/2019, diikuti jaringan lewat Divock Origi ketika Liverpool bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Liverpool menewaskan Tottenham 2-0, menjulang trofi juara buat kali keenam.

Tidak sampai dua minit perlawanan di Stadium Wanda Metropolitano bermula, penyerang Mesir itu menyumbat gol pertama Liverpool menerusi jaringan penalti selepas Moussa Sissoko didapati menampan bola di kawasan penalti.

Penjaga gol, Alisson Becker beberapa kali melakukan aksi penyelamat sebelum pemain gantian, Origi menjaringkan gol kedua pada minit ke-87.

Ini disambut sorakan gembira penyokong mereka di Stadium Metropolitano memandangkan pasukan di bawah bimbingan Jurgen Klopp itu gagal pada perlawanan akhir tahun lepas ketika menentang Real Madrid.

Kemenangan ini juga menebus kekecewaan Salah yang cedera tahun lepas ketika bertemu Real.

Apa yang lebih penting, kemenangan Piala Eropah buat kali keenam ini mengukuhkan lagi status Leverpool sebagai salah sebuah kelab bola sepak terkuat di Eropah. – AFP, 2 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen