Trump gesa UK lebih waspada terhadap Huawei


AS sudah lama curiga Huawei dikuasai kerajaan China dan berkata ia mengancam keselamatan global. – Gambar AFP, 2 Jun, 2019.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggesa Britain supaya “lebih berhati-hati” melibatkan syarikat gergasi China, Huawei dalam rangkaian 5G.

Trump berkata demikian dalam satu wawancara bersama Sunday Times semalam sempena lawatannya ke London.

Apabila ditanya mengenai laporan bahawa Britain bercadang mahu memberi peranan terhad kepada Huawei, Trump berkata: “Anda ada pilihan lain dan kami perlu berhati-hati dari sudut keselamatan negara.”

“Anda tahu kami mempunyai kumpulan perisik yang sangat penting, kami bekerjasama rapat dengan negara anda (Britain), jadi anda perlu berhati-hati.” tambahnya.

AS sudah lama curiga Huawei dikuasai kerajaan China dan berkata ia mengancam keselamatan global. Bagaimanapun, Huawei dan kerajaan China menafikan dakwaan AS.

Kerajaan Perdana Menteri Theresa May sebelum ini menegaskan belum membuat keputusan mengenai penglibatan Huawei dalam rangkaian 5G di Britain. – AFP, 2 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen