SEPULUH orang terbunuh manakala 20 cedera dalam kejadian letupan bom kereta di bekas kubu kuat kumpulan militan Islamic State (IS) di Raqa semalam, kata pemantau hak asasi.
Menurut Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), letupan meragut lima nyawa orang awam dan lima anggota tentera Angkatan Demokratik Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat (AS).
“Serangan bom kereta menyasarkan kedudukan SDF,” kata Pengarah SOHR, Rami Abdel Rahmane. Letupan berlaku di dataran al-Naim.
Pada 9 April lalu, kejadian letupan bom berganda oleh IS membunuh 13 orang, kebanyakannya orang awam di Raqa. – AFP, 2 Jun, 2019.
Komen