Pemain bola sepak Jose Antonio Reyes maut kemalangan


Bekas bintang Arsenal, Real Madrid dan Sepanyol Jose Antonio Reyes maut dalam satu kemalangan kereta hari ini. – Gambar EPA, 1 Jun,2019.

BEKAS bintang Arsenal, Real Madrid dan Sepanyol Jose Antonio Reyes maut dalam satu kemalangan kereta, kata kelab tempat kelahiranya Sevilla hari ini.

Reyes yang berusia 35 tahun mencipta populariti di Sevilla sebelum berhijrah ke Arsenal diikuti Real dan Atletico Madrid, kini bersama kelab divisyen dua Sepanyol Extremadura.

“Kami mengesahkan berita paling buruk ini. Bintang disayangi Sevilla Jose Antonio Reyes meninggal dunia dalam kemalangan. Bersemadi dengan aman,” tulis kenyataan Sevilla menerusi Twitter.

Extremadura juga mengumumkan berita sama.

“Dengan sedih kami umumkan berita pemain kami Jose Antonio Reyes meninggal dunia akibat kemalangan kereta dan kami harap anda berdoa untuknya,” kata kelab berkenaan.  – AFP, 1 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen