SYARIKAT telekomunikasi gergasi Huawei “terlalu rapat” kepada kerajaan China, menjadikan ia sukar dipercayai ketika perang perdagangan antara Washington dan Beijing semakin meningkat, kata ketua pertahanan Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Komen Pemangku Setiausaha Pertahanan Pertahanan Patrick Shanahan dibuat ketika gelombang kontroversi berhubung firma China, yang berdepan tuduhan pengintipan dan menghadapi larangan AS.
“Integrasi perniagaan awam dengan tentera terlalu rapat, China mempunyai dasar dan undang-undang negara di mana data diperlukan untuk dikongsi,” kata Shanahan semasa persidangan pertahanan dan keselamatan di Singapura.
“Apabila saya melihat keadaan itu, ia terlalu berisiko ... Anda tidak boleh mempercayai rangkaian tersebut akan dilindungi.”
Jabatan Perdagangan AS bulan lalu meletakkan Huawei dalam “senarai entiti” atas dasar keselamatan negara, satu langkah yang menghalang akses untuk komponen buatan AS yang diperlukan untuk peralatannya. Tempoh penangguhan selama 90 hari kemudian dikeluarkan.
Beberapa negara juga menyekat Huawei daripada mengusahakan rangkaian mudah alih mereka dan syarikat menarik diri daripada firma berikut pengharaman AS, dengan alasan keperluan undang-undang.
Kebimbangan mengenai Huawei semakin bertambah kerana ia kini semakin berkembang dalam peralatan rangkaian telekom dan salah satu pengeluar telefon pintar terkemuka dunia di samping Samsung dan Apple.
AS sekian lama menyuarakan kecurigaan yang Huawei dikuasai oleh kerajaan China dan dengan itu menjadi ancaman keselamatan global - dakwaan yang ditolak oleh firma dan Beijing.
Pengasas Ren Zhengfei adalah bekas tentera bagi Angkatan Tentera Pembebasan Rakyat China. – AFP, 1 Jun, 2019.
Komen