China miliki tapak warisan dunia terbanyak


Sejak meratifikasi Konvensyen Mengenai Perlindungan Dunia Warisan Budaya dan Alam, China muncul negara paling pesat berkembang dalam aspek warisan dunia. – Gambar EPA, 1 Jun, 2019.

CHINA mempunyai tapak warisan semula jadi terbesar di dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Terdapat 13 warisan semula jadi dan empat tapak yang mempunyai ciri bercampur, kata pegawai Perhutanan dan Pentadbiran Tanah Negara, Zhou Zhihua dalam sidang media pada Jumaat.

Sidang media itu sempena Hari Warisan Budaya dan Alam yang disambut pada 8 Jun.

Tapak warisan semula jadi itu termasuk Kawasan Perlindungan Panda Gergasi Sichuan dan Pergunungan Fanjingshan. Gunung Taishan pula tapak warisan campuran yang mengandungi unsur alam dan budaya.

Sejak meratifikasi Konvensyen Mengenai Perlindungan Dunia Warisan Budaya dan Alam, China muncul negara paling pesat berkembang dalam aspek warisan dunia, kata Zhou.

Warisan dunia China turut menyumbang kepada pembangunan ekologi dan sosio ekonomi negara, yang menerima kunjungan pelawat lebih 12 juta tahun lepas, katanya.

Sehingga Mei, terdapat sejumlah 845 tapak warisan budaya, 209 tapak warisan semula jadi dan 38 lagi kawasan tapak yang mempunyai ciri bercampur tersenarai dalam senarai Unesco. – Bernama, 1 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen