PENUNJUK perasaan bertopeng membakar pintu masuk kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Honduras pada Jumaat semasa demonstrasi besar-besaran terhadap reformasi sektor awam di negara ini.
Ribuan doktor, guru dan pelajar turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan membatalkan rancangan untuk menswastakan sektor kesihatan dan pendidikan.
Pasukan bomba datang untuk memadamkan kebakaran, yang memusnahkan pintu kedutaan tanpa merosakkan bangunan kedutaan utama.
Kedutaan AS mengeluarkan kenyataan selepas serangan itu menggesa rakyat Honduras menahan diri daripada melakukan “tindakan keganasan.”
Jurucakap polis Jair Meza memberitahu media tempatan seorang suspek, lelaki berusia 23 tahun, sudah ditangkap.
Ahli keluarga suspek kemudian bersama orang ramai pergi ke ibu pejabat polis dan menuntut kebebasannya.
Penunjuk perasaan menyalahkan “penyusup kerajaan” atas kerosakan kedutaan itu. – AFP, 1 Jun, 2019.
Komen