Tindakan AS pindah kedutaan ke Baitulmaqdis diselar


Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu (kanan) bertemu penasihat kanan Presiden Amerika Syarikat Trump Jared Kushner di kediaman perdana menteri di Baitulmuqaddis Khamis lalu. Kushner akan melancarkan aspek ekonomi rancangan perdamaian Timur Tengah yang lama ditunggu-tunggu di persidangan di Bahrain akhir bulan ini. – Gambar AFP, 1 Jun, 2019.

PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC) hari ini membantah keputusan Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Pemindahan kedutaan AS dan Guatemala ke Baitulmaqdis dikutuk dan pertubuhan itu mendesak semua ahli untuk memboikot negara yang telah membuka misi diplomatik di bandar itu.

Kenyataan itu muncul ketika menantu lelaki Presiden AS Donal Trump, Jared Kushner bersiap sedia untuk melancarkan aspek ekonomi rancangan perdamaian Timur Tengah yang sudah sekian lama ditunggu di persidangan di Bahrain akhir bulan ini.

Rancangan yang digelar Trump sebagai kesepakatan abad telah ditolak oleh rakyat Palestin yang mengatakan dasar presiden AS itu telah menunjukkan secara terang-terangan berat sebelah memihak kepada Israel.

Palestin telah memutuskan semua hubungan dengan pentadbiran Trump selepas presiden itu memecah dasar politik dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember 2017.

Israel menegaskan seluruh Baitulmaqdis adalah “abadi, tidak dapat dipisahkan”. – AFP, 1 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen