PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden 2020, lapor agensi berita Anadolu.
“Saya akan buat pengumuman untuk bertanding jawatan presiden bagi penggal kedua pada 18 Jun,” tulis Trump dalam Twitternya pada Jumaat.
Pengumuman itu akan dibuat di perhimpunan di Orlando, Florida.
Trump berjaya mengumpul lebih AS$30 juta untuk pilihan rayanya, lebih tinggi berbanding mana-mana calon Demokrat, tambahan hampir AS$41 juta yang disimpan di bank.
Calon Demokrat yang paling banyak mengumpul dana ialah Senator Bernie Sanders sebanyak AS$18 juta.
Meskipun belum mengumumkan secara rasmi akan bertanding, Trump sudah memulakan kempen dengan menganjurkan perhimpunan di Pennsylvania dan Florida.
Beliau turut menerima undian tertinggi sebanyak 48% dalam tinjauan oleh Universiti Harvard baru-baru ini. – Bernama, 1 Jun, 2019.
Komen