Ani Yudhoyono meninggal dunia di Singapura


Ani Yudhoyono, isteri kepada bekas presiden Indonesia keenam Susilo Bambang Yudhoyono menghembuskan nafas terakhir hari ini selepas beberapa bulan dirawat akibat kanser darah. – Gambar EPA, 1 Jun, 2019.

ANI Yudhoyono, isteri bekas presiden Indonesia keenam Susilo Bambang Yudhoyono, meninggal dunia di Singapura setelah lebih tiga bulan menjalani rawatan kanser, lapor media di Indonesia.

Berita kematian Ani tersebar selepas beberapa pemimpin Parti Demokrat mengucapkan takziah melalui Twitter.

Ani dilaporkan menghembus nafas terakhir pukul 11.50 pagi tadi.

Ani, 66, yang menderita barah darah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Universiti Nasional Singapura sejak Khamis lalu kerana demam panas, lapor Jakarta Post sebelum ini.

Susilo pertama kali mengumumkan berita isterinya diserang kanser dalam satu sidang media di Singapura pada 13 Februari lalu. Beliau kemudian menarik diri dari sebarang kegiatan kempen pemilihan presiden untuk memberi perhatian kepada isterinya di hospital. – 1 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen