Serangan di Teluk boleh jejas bekalan minyak dunia, kata Raja Salman


Raja Arab Saudi, Raja Salman pada sidang kemuncak OIC memberi amaran bahawa serangan "pengganas" di rantau Teluk boleh menjejaskan bekalan minyak dunia. – Gambar EPA, 1 Jun, 2019.

RAJA Arab Saudi, Raja Salman hari ini memberi amaran bahawa serangan “pengganas” di rantau Teluk boleh menjejaskan bekalan minyak dunia.

Raja Salman berkata demikian pada sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-57 yang tertumpu untuk meraih sokongan melawan Iran.

Pemimpin utama Turki dan Iran tidak hadir pada sidang yang diadakan di Mekah itu.

Ketegangan antara Arab Saudi dan Iran memuncak selepas serangan sabotaj yang merosakkan empat buah kapal, dua daripadanya kapal tangki Arab Saudi. Ini diikuti serangan dron berganda oleh pemberontak Yaman yang menutup saluran paip minyak Arab Saudi.

Tehran menegaskan tidak terlibat dalam mana-mana serangan.

“Kami sahkan bahawa tindakan keganasan yang bukan sahaja menyasarkannegara ini dan rantau Teluk, tetapi juga menyasarkan keselamatan laut dan bekalan minyak dunia,” kata Raja Salman.

Sebelum sidang kemuncak bermula, raja itu menerusi Twitter berikrar akan melawan ancaman agresif dan kegiatan keganasan. – AFP, 1 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen