Taman tema Star Wars di Disneyland kini dibuka


Taman tema baharu bernilai AS$1 bilion yang diberi nama "Star Wars: Galaxy's Edge" itu bagaimanapun dibuka hanya kepada pengunjung bertuah yang berjaya menempah tiket terlebih awal. – Gambar EPA, 1 Jun, 2019.

RATUSAN peminat Star Wars beratur panjang di luar Disneyland apabila taman tema di California itu mula membuka pintu masuk tarikan baharu berdasarkan siri filem ikonik itu.

Taman tema baharu bernilai AS$1 bilion yang diberi nama “Star Wars: Galaxy’s Edge” itu bagaimanapun dibuka hanya kepada pengunjung bertuah yang berjaya menempah tiket terlebih awal.

Hanya mereka yang menempah tiket awal dibenarkan melawat “Galaxy’s Edge” pada tiga minggu pertama sebelum dibuka kepada umum.

“‘Star Wars: Galaxy’s Edge’ sangat luar biasa dan kami teruja kerana akhirnya dapat berkongsi kepada dunia,” kata Pengerusi dan CEO Walt Disney, Bob Iger ketika majlis pra-pembukaan pada Rabu lalu.

“Sekarang, buat pertama kalinya peminat dapat mengalami sendiri pengembaraan kisah-kisah ikonik yang mereka gambarkan selama ini di ruang yang paling kreatif dan inovatif yang pernah kami bina.”

Peminat antara lain berpeluang menaiki Millennium Falcon dan bertemu watak Star Wars seperti Stormtroopers,Chewbacca dan Rey, hero di planet Batuu.

Pengunjung akan menaiki pesawat kesayangan Han Solo itu sambil melalui pelbagai latar belakang jalan cerita. – AFP, 1 Jun, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen