SATU kejadian tembakan rambang berlaku di sebuah kompleks bangunan kerajaan di Virginia Beach, Virginia pada petang Jumaat menyebabkan 11 orang terbunuh dan enam lagi cedera, kata polis.
Tembakan dilepaskan oleh seorang lelaki yang merupakan penjawat awam. Suspek terbunuh selepas berbalas tembakan dengan polis, menurut Ketua Polis James Cervera.
Beliau berkata kejadian berlaku selepas 4 petang waktu tempatan, selepas lelaki bersenjata itu masuk ke dalam salah satu bangunan di kompleks bangunan majlis perbandaran Virginia Beach dan terus melepaskan tembakan ke arah semua mangsa. – AFP, 1 Jun, 2019.
Komen