hospital di Amerika Syarikat selepas berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama lima bulan, lapor agensi berita Anadolu.
Saybie dilahirkan pada Disember, hanya seberat 245 gram (8.6 auns).
Doktor menganggap kelahirannya sebagai “preemie mikro” – dilahirkan sebelum usia kandungan mencecah 28 minggu.
Bayi perempuan itu terpaksa dilahirkan secara pembedahan kerana ibunya menghadapi beberapa komplikasi semasa kehamilan, termasuk tekanan darah tinggi.
“Ia hari paling menakutkan dalam hidup saya,” kata ibu Saybie dalam rakaman video yang dikeluarkan pihak hospital.
Sebaik dilahirkan, doktor memaklumkan bayi itu mungkin hanya mempunyai tempoh sejam untuk hidup.
Bagaimanapun, kini bayi itu pulang ke rumah dengan berat 5.6 pound dan ukuran panjang 16 inci, meningkat lima inci sejak dilahirkan.
Saybie bukanlah nama diberikan oleh keluarganya. Ia nama yang dipanggil oleh kakitangan hospital. Keluarga bayi itu membenarkan kisah bayi comel mereka dikongsi umum, namun tidak mendedahkan nama sebenarnya.
“Sehingga kini saya masih memikirkannya, ia satu keajaiban,” kata jururawat Kim Nogby. – Bernama, 31 Mei, 2019.
Komen