PIHAK berkuasa kastam Nanjing, China menumpaskan sindiket penyeludupan gading dan menahan tiga suspek, selain merampas lebih 300 kg gading termasuk barangan yang diperbuat daripada gading, lapor agensi berita Xinhua.
Kastam Nanjing menerima maklumat mengenai sindiket penyeludupan itu pada tahun lepas. Gading terbabit diseludup ke bandar Changzhou di Jiangsu untuk diproses dijadikan bahan ukiran.
Rampasan dilakukan pada 24 Februari dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak 11.3 juta yuan (AS$1.6 juta).
Seorang suspek dikenali Dai mendedahkan, beliau bersubahat dengan sekumpulan penyeludup di sempadan barat daya China dan menyeludup lebih 560 kg gading.
Akhir 2017, China mengharamkan semua perdagangan gading sebagai sebahagian komitmen untuk melindungi hidupan liar. – Bernama, 31 Mei, 2019.
Komen