Filipina hantar semula 69 kontena sampah ke Kanada


Sebanyak 69 kontena sampah dihantar semula ke Kanada hari ini selepas pertikaian diplomatik yang berlaku sejak sekian lama selain negara Asia menolak untuk menerima lambakan sampah antabarangsa. – Gambar EPA, 31 Mei, 2019.

BERTAN-TAN sampah yang dihantar ke Filipina tahun lalu telah dihantar semula ke Kanada hari ini selepas pertikaian diplomatik yang berlaku sejak sekian lama selain negara Asia menolak untuk menerima lambakan sampah antabarangsa.

Selepas kempen yang panjang untuk menggesa Kanada mengambil semula sisa sampah, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengarahkan sampah itu dipulangkan dengan segera.

Sebanyak 69 kontena sampah dimuatkan ke kapal kargo di Subic Bay, bekas pangkalan tentera laut Amerika Syarikat (AS) dan pelabuhan perkapalan barat laut Manila untuk dihantar semula ke Kanada.

Menteri Alam Sekitar Kanada Catherine McKenna berkata, pihaknya komited dengan usaha Filipina dan bekerjasama rapat dengan mereka.

Beberapa hari sebelum itu Malaysia mengumumkan telah menghantar semula 450 tan sisa buangan plastik ke Australia, Bangladesh, Kanada, China, Jepun, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Selama bertahun-tahun China menerima sebahagian besar sampah plastik dari seluruh dunia tetapi pada tahun lalu mereka melarang kemasukan sisa asing dalam usaha membersihkan persekitarannya. – AFP, 31 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen