SUDAN telah menutup pejabat penyiar Al-Jazeera di Khartoum dan menarik semula permit kakitangan syarikat penyiaran berkenaan, kata stesen itu menerusi laman webnya semalam.
Penyiar yang berpangkalan di Qatar berkata, pegawai keselamatan Sudan memaklumkan keputusan Majlis Ketenteraan Sudan untuk menutup pejabatnya.
“Keputusan juga termasuk penarikan permit kerja untuk wartawan dan kakitangan rangkaian Al-Jazeera serta merta” kata stesen itu yang sering menyiarkan rakaman demonstrasi di Sudan.
Pengarah stesen berkenaan Al-Musallami Al-Kabbashi berkata, tiada keputusan bertulis diberikan kepadanya.
“Mereka memberitahu kami bahawa majlis tentera telah memutuskan untuk menutup pejabat rangkaian Al-Jazeera dan menarik lesennya
“Kami memberi mereka bahan dan pejabat,” katanya.
Majlis Tentera Peralihan mengambil alih kuasa selepas tentera melumpuhkan kuasa Presiden Omar al-Bashir, sekutu dekat Qatar.
Ketua majlis Abdelfattah al-Burhan ke Arab Saudi semalam untuk menghadiri sidang kemuncak di sana.
Beliau telah melawat Mesir dan UAE.
Mesir, UAE dan Arab Saudi memecah hubungan diplomatik dengan Doha pada 2017. – AFP, 31 Mei, 2019.
Komen