SEORANG lelaki di Florida yang terlepas daripada perangkap lalu lintas polis membuat panggilan kecemasan 911 untuk membuat aduan.
“Kami bayar anda untuk apa?” kata Nicholas Jones,19, dalam panggilan itu.
“Saya memandu lepas empat anggota polis.”
Rakaman audio itu dimuat naik Kesatuan Sekerja Florida Times di laman sesawangnya.
Jones ditahan polis ketika sekatan lalu lintas di St Johns, Florida pada 4 Mei lalu. Dia membuat panggilan 911 sejam kemudian selepas berjaya melarikan diri daripada polis menggunakan keretanya.
Operator 911 yang terkejut menerima panggilan itu kemudian bertanyakan kepada Jones apakah maksudnya.
“Maksud saya, dia (anggota polis) tahan saya dan berjalan ke belakang kereta saya dan saya pecut tinggalkan dia,” kata Jones.
“OK, awak hendak jumpa pegawai berkenaan. Atau..apa sebenarnya soalan awak?” tanya operator 911.
“Saya ingat dia akan letak APB (hebahan maklumat) untuk polis lain cari kereta saya…kerana dia memang ingat nombor plat kereta saya tetapi saya lintas empat anggota polis dan memandu…apa yang polis buat?”
Operator 911 kemudian menjawab: “Kami banyak terima panggilan kecemasan lain, tuan.”
Jones yang mempunyai waran tangkap untuk kejadian berasingan, ditahan sehari selepas itu.
Dia didakwa kerana memandu secara merbahaya, melarikan diri daripada polis, menyalahguna 911 dan melanggar parol.
Polis berkata Jones melarikan diri daripada polis kerana merasakan ia “seronok”. – AFP, 31 Mei, 2019.
Komen