PEMBUAT kereta Jepun, Toyota membuka kilang pengeluaran kenderaan pertama di Myanmar berikutan pasaran auto negara itu yang kian berkembang selain sekatan import yang diperkenalkan negara berkenaan.
Firma itu merancang untuk menghasilkan model Hilux tempatan di kilang baharu itu bermula Februari 2021 dan akan melabur US$52.6 juta di kilang di zon ekonomi khas di luar Yangon.
Pengeluaran kilang agak sederhana dengan rancangan untuk menghasilkan 2,500 Hilux setahun.
Kerajaan memperkenalkan sekatan import automatik pada 2017 dan kejatuhan harga telah menyaksikan pasaran automotif berkembang dengan banyak kenderaan baharu dibina di dalam negara.
Jenama Toyota sudah popular di negara itu walaupun kebanyakan kereta di jalan raya adalah model terpakai.
Toyota berkata, permintaan terhadap kereta baharu semakin meningkat hampir dua kali ganda tahun lalu kepada 18,000 unit. – AFP, 30 Mei, 2019.
Komen