KETUA Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, tugasnya sekarang adalah untuk meyakinkan anggotanya untuk menerima Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Menurutnya, itu adalah tugasnya untuk meyakinkan anak buahnya mengenai IPCMC selepas Putrajaya melengkapkan draf rang undang-undang ke badan pengawasan polis.
“PDRM sedang menunggu pembentukan IPCMC, bagaimana keadaannya.
“Selepas itu, saya bertanggungjawab menerangkan kepada polis bahawa hak dan kebajikan mereka akan dijaga,” katanya ketika melawat bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Abdul Hamid merupakan KPN pertama yang bersetuju dengan pembentukan IPCMC yang dicadangkan pada 2005 oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengendalikan siasatan terhadap sebarang laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis.
Cadangan pembentukan IPCMC bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebelum lawatannya ke bazar Ramadan, Abdul Hamid melawat balai polis di sekitar TTDI
“Saya telah melawat beberapa balai polis sejak sebulan lalu. Sekarang saya melawat di kawasan Taman Tun Dr Ismail, keadaannya sangat teruk.
“Anggota saya di sini telah banyak berkorban. Mereka tak ada pilihan selain terus tinggal dalam keadaan menyedihkan.
“Beri saya peluang untuk perjuangkan hak mereka yang telah ditolak selama bertahun-tahun,” katanya. – 30 Mei, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen