Jho Low akan ditangkap tak lama lagi, kata KPN


Alfian Z.M. Tahir

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail Ramadan Bazaar hari ini, Abdul Hamid Bador berkata Jho Low akan dibawa pulang untuk dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 30 Mei, 2019.

KETUA Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata polis mengetahui di mana Low Taek Jho sekarang berada dan yakin ahli perniagaan yang dikehendaki itu akan ditangkap tidak lama lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail Ramadan Bazaar hari ini, Abdul Hamid berkata Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low, akan dibawa pulang untuk dihadapkan ke mahkamah.

Minggu lepas beliau berkata polis menemui petunjuk baharu mengenai keberadaan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang yang dikehendaki pihak berkuasa atas penglibatannya dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bagaimanapun, Abdul Hamid enggan mendedahkan petunjuk baharu yang dikatakan.

“Saya serius (mengenai petunjuk), tapi kena sabar. Di mana dia cadang nak bersembunyi…dia tak akan selamat. Kita akan bawa dia balik sebab semua orang tengah tunggu,” katanya.

Jho Low berdepan tuduhan jenayah membabitkan skandal 1MDB. Beliau menolak untuk hadir di mahkamah kerana tidak percaya kepada kerajaan dan badan kehakiman negara. – 30 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen