Turki bebaskan saintis Nasa


Serkan Golge, rakyat AS yang bekerja dengan Nasa di Houston itu ditangkap pada Julai 2016 ketika kembali ke Turki atas dakwaan terlibat dalam cubaan rampasan kuasa terhadap Presiden Recep Tayyip Erdogan. – Gambar EPA, 30 Mei, 2019.

TURKI semalam membebaskan seorang saintis Nasa yang mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat (AS)-Turki yang dipenjarakan hampir tiga tahun.

Serkan Golge, rakyat AS yang bekerja dengan Nasa di Houston itu ditangkap pada Julai 2016 ketika kembali ke Turki atas dakwaan terlibat dalam cubaan rampasan kuasa terhadap Presiden Recep Tayyip Erdogan. 

Pihak berkuasa Turki mendakwa Golge ada kaitan dengan pendakwah Fethullah Gulen yang dituduh oleh Erdogan sebagai dalang keada cubaan rampasan kuasa pada 2016.

Pada 2018, Golge dihukum penjara tujuh tahun setengah meskipun Jabatan Negara AS membantah kerana tiada bukti kukuh.

Isterinya, Kubra Golge melahirkan rasa gembira atas pembebasannya tetapi berkata larangan perjalanan Golge dikekalkan.

“Kami gembira tetapi dia (Golge) masih menafikan dakwaan terhadapnya,” kata isterinya menerusi e-mel.

Jurucakap Jabatan Negara AS Morgan Ortagus berkata AS akan mendesak supaya Golge dapat kembali ke negara itu secepat mungkin. – AFP, 30 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen