SEBUAH hospital di California semalam mendedahkan kelahiran bayi terkecil di dunia yang dilahirkan seberat 245 gram.
Bayi yang menyamai sebesar sebji epal itu diberi nama panggilan Saybie oleh kakitangan hospital. Dia lahir ketika berusia 23 minggu dalam kandungan di Hospital Wanita dan Bayi Sharp Mary Birch di San Diego.
Ketika dilahirkan, ayahnya diberitahu yang Saybie hanya mempunyai tempoh sejam untuk hidup.
“Tetapi sejam itu menjadi dua jam sehingga menjadi sehari dan akhirnya seminggu,” kata ibunya menerusi rakaman video yang dikeluarkan oleh pihak hospital.
Doktor berkata Saybie yang dilahirkan menerusi pembedahan cesarean pada Disember lalu ketika berusia 23 minggu dan tiga dalam kandungan selepas nyawa ibunya berada dalam risiko akibat komplikasi kehamilan yang sangat teruk.
Selepas hampir lima bulan ditempatkan di dalam unit rawatan rapi neonatal, Saybie yang kini seberat 2.2kg dibenarkan pulang ke rumah.
“Dia anak ajaib,” kata dalah seorang jururawat yang menjaganya.
Ketika dilahirkan, saiz Saybie hanyalah sebesar tapak tangan penjaganya di hospital. – AFP, 30 Mei, 2019.
Komen