SEORANG nelayan terbunuh oleh seekor jerung di wilayah Pasifik Perancis di New Caledonia, kata polis, beberapa hari selepas seorang kanak-kanak lelaki cedera di kakinya selepas diserang seekor jerung.
Polis dan koroner dihantar ke kepulauan Belep, pulau utama di wilayah itu, di mana seorang lelaki diserang ketika memancing gamat bersama tiga lagi nelayan.
Insiden itu berlaku selepas satu serangan dilaporkan pada Sabtu di mana seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera parah di kaki dan bahagian pelvis selepas diserang jerung sepanjang 3.5 meter, yang kemudiannya dibunuh oleh pihak berkuasa.
Kanak-kanak itu diserang ketika sedang berenang di sebuah marina di Noumea, berhampiran bot keluarganya.
Keadaannya parah dan masih dirawat di hospital di Kautio.
Dua mangsa terbunuh dalam serangan jerung di New Caledonia pada 2016.
Pakar berkata serangan jerung meningkat susulan sukan air menjadi semakin popular, tetapi tiada serangan yang menyebabkan kematian sebelum ini. – AFP, 30 Mei, 2019.
Komen