TUJUH pelancong Korea Selatan terbunuh manakala 19 orang lagi masih hilang selepas sebuah bot membawa pelancong terbalik di ibu kota Hungary, Danube, kata Kementerian Luar hari ini.
33 warga Korea Selatan berada di atas bot berkenaan, tujuh berjaya diselamatkan dan misi mencari dan menyelamat 19 yang hilang sudah dilancarkan, tambahnya, selepas bot berkenaan bertembung awal pagi semalam dengan sebuah kapal layar.
Tiada butiran lanjut tragedi itu dikeluarkan buat masa ini.
Presiden Korea Selatan Moon Jae-in sudah mengarahkan pegawainya “menggerakkan semua sumber” untuk misi mencari dan menyelamat, kata pejabat presiden. – AFP, 30 Mei, 2019.
Komen