Netanyahu gagal bentuk kerajaan, Israel adakan pilihan raya semula


Benjamin Netanyahu gagal mencapai kata sepakat dengan sekutu untuk membentuk kerajaan campuran, mengusulkan Parlimen dibubarkan bagi mengelak dirinya hilang kuasa. – Gambar AFP, 30 Mei, 2019.

PARLIMEN Israel semalam mengundi untuk mengadakan pilihan raya baharu hanya sebulan selepas pilihan raya April lalu dalam usaha Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk terus berkuasa kerana gagal membentuk kerajaan.

Parlimen mengundi dengan 74 menyokong berbanding 45 menentang untuk bubar dan mengadakan pilihan raya baharu pada 17 September.

Undi itu dicetuskan oleh kegagalan Netanyahu membentuk pakatan walaupun partinya, Likud bersama-sama sekutu haluan kanan dan agama menang majoriti pada pilihan raya 9 April lalu.

Bekas menteri pertahanan Avigdor Lieberman menghalang perjanjian pakatan itu dengan enggan menarik balik tuntutan utamanya, sementara parti nasionalis Yisrael Beitenu yang menang lima kerusi berjaya menghalang pembentukan kerajaan campuran diterajui Netanyahu.

Kesannya, Netanyahu menggesa pilihan raya baharu diadakan untuk mengelak Presiden Israel Reuven Rivlin memilih ahli Parlimen baharu untuk membentuk kerajaan campuran.

Beliau mengundi menyokong pilihan raya baharu. – AFP, 30 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen