Wartawan terkenal Turki akhirnya ‘bebas bersyarat’


Kadri Gursel disabitkan bersalah tahun lepas bersama-sama beberapa rakan wartawan daripada Cumhuriyet- salah sebuah akhbar yang menentang Presiden Recep Tayyip Erdogan- dalam operasi besar-besaran menghapuskan kumpulan masyarakat sivil selepas kegagalan rampasan kuasa 2016. – Gambar AFP, 30 Mei, 2019.

SALAH seorang wartawan terkenal Turki, Kadri Gursel, yang pada mulanya dipenjarakan semula tetapi dibebaskan bersyarat hari ini selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara kerana “membantu kumpulan pengganas”, kata peguamnya.

Gursel menerusi Twitternya berkata beliau dibebaskan dengan syarat.

Peguamnya, IIkna Koyuncu, mengesahkan perkara itu berkata “gembira, beliau dibebaskan petang ini.”

Gursel ditahan awal semalam kerana masalah prosedur, kata Koyuncu.

Gursel disabitkan bersalah tahun lepas bersama-sama beberapa rakan wartawan daripada Cumhuriyet- salah sebuah akhbar yang menentang Presiden Recep Tayyip Erdogan- dalam operasi besar-besaran menghapuskan kumpulan masyarakat sivil selepas kegagalan rampasan kuasa 2016.

Beliau dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun sebelum dibebaskan sementara menanti rayuan.

Guryel sebelum itu dalam catatan di Instagram pada awal Rabu berkata beliau tiba di mahkamah Istanbul untuk “dihantar kembali ke penjara”, sebelum itu sudah menghabiskan 11 bulan dalam tahanan antara 2016 hingga 2017.

Mahkamah Perlembagaan Turki awal bulan ini mengeluarkan penghakiman yang hak kebebasan bersuara dan perlindungan peribadinya dicabuli.

Gursel adalah wartawan dan kolumnis selama tiga dekad, menulis untuk akhbar ternama seperti Milliyet dan juga pernah bekerja untuk AFP antara tahun 1993 hingga 1997. – AFP, 30 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen