50 cedera dalam satu pertempuran di Kashmir


Sekurang-kurangnya 50 orang cedera dalam satu pertempuran di Kashmir, India hari ini apabila penunjuk perasaan membantu pemberontak melarikan diri dari pengepungan kerajaan. – Gambar EPA, 29 Mei, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 50 orang cedera dalam satu pertempuran di Kashmir, India hari ini apabila penunjuk perasaan membantu pemberontak melarikan diri dari pengepungan kerajaan,.

Walaupun protes menyokong pemberontak telah meningkat di India sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun insiden pemberontak melarikan diri jarang berlaku.

Beribu-ribu penduduk kampung memenuhi jalanan hari ini kerana dua orang yang disyaki pemberontak melancarkan pertempuran senjata dengan tentera dari dalam rumah di daerah Kulgam di selatan Kashmir.

Penunjuk perasaan membaling batu kepada tentera bagi melindungi pemberontak melarikan diri.

Seramai 50 orang dibawa ke hospital tempatan selepas pasukan kerajaan melancarkan peluru senapang patah dan peluru hidup untuk menghalang penunjuk perasaan, kata saksi dan pegawai hospital kepada AFP.

“Rumah itu diletupkan tetapi kumpulan militan melarikan diri.  Tiada mayat ditemui di dalam runtuhan,” kata pegawai polis kepada AFP.

Bagaimanapun katanya, hanya tiga orang cedera.

Pertempuran antara pemberontak yang memerangi pemerintahan India di Kashmir dan pasukan kerajaan berlaku hampir setiap hari.

Lebih 90 anggota militan dibunuh setakat tahun ini.

Penduduk dari kampung berdekatan sering mengepung jalan bagi membantu pemberontak dengan melemparkan batu kepada tentera. – AFP, 29 Mei, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen